Thursday, April 22, 2010

Day 4 - Post Mortem







Selepas selesai menjalankan aktiviti, kami pun pulang ke khemah masing2 untuk mandi dan terus mengemas segala barang2 dan menanggalkan khemah pusat, khemah dapur dan khemah kumpulan kami..dah nak balik la kata kan..hehee..bersemangat je sume peserta melaksanakan tugas masing2..hehe..

Selepas selesai mengemas sume brg2, kami disajikan dengan mkn tgh hari yg maha lazat..tp kali ni bukan en.John yg masak, sebab en.John dah balik dulu kerana ade tugas..Terpakse la en.Rafshan mintak tlg dari "chef-chef bantuan" iaitu kakak2 beliau..hehe..

Pas je selesai makan, satu sesi penceritaan pengalaman dari Team TACT dijalankan..Alhamdulilah, dari maklumbalas diorg, hasil dari perkhemahan ini adalah positif..diorg pun suke ngan sikap dan attitude para peserta, dan diorg x keberatan untuk mengajak kitorg turut serta dalam perkhemahan diorg klu kami berminat..Syukur..

Pas 2, 1 lagi sesi yg mmg ditggu2..iaitu sesi pemulangan barang2 yg dirampas mase 1st day dulu..hahahhaa..Ramai yg ternanti2 pgglan2, atau msj2 dari yg tersayang..Mungkin ade gak yg xsabar nak mekap muke diorg..hehe..

Saat yg paling menyayat hati adalah mase nak meninggalkan Chamar Rimba untuk ke kereta masing2..Terase sebak hati nak tgglkan Bukit Cherakah dan sume Barder2 dari Team TACT..Apa2 pun, walaupun dalam tempoh 4 ari je di sini, kenangan yg terpahat di hati kami tidak akan terpadam selamanya..Buat team TACT, ( en.RAfshan, en.Yasir, en.Dasri, en.John, en.Hafiz) atau ade name sape2 yg tertggl..TERIMA KASIH kerana memberikan kan tunjuk ajar dan pengalaman yg x ternilai..Persahabatan yg terjalin antara kami diharap akan terus berkekalan..Aminnnnnnnn..

Day 4 - Abseiling







Selepas selesai menunaikan solat Jumaat dan menjamah makanan tgh hari, kami bergerak menuju ke menara Abseiling untuk aktiviti terakhir di perkhemahan kami ini iaitu Abseiling..

Mula2 sedikit penerangan diberikan oleh en.Hisyam dan en.Rafshan tentang aspek2 keselematan yg harus dititikberatkan dalam aktiviti ini..selain itu, kami juga diperkenalkan segala gajet2 dan equipment yg perlu ada untuk aktiviti ini..

Selepas dah diberi penerangan yg lengkap, tiba lah masa untuk amali nya pula..hehe..
Mula2 tgk menara ni xde la tinggi sgt..hehe..tp bila smpi turn aku..pehhhh..baru nek tgkt 2 je dah rasa gigil pale lutut ni..hehe..maklum la, aku ni gayat tempat tinggi2, walau pun aku tinggi..hehe..Nak ditambahkan ketakutan nya, setiap peserta kene ikat tali mereka sendiri menggunakan teknik ikatan yg pernah diajar dl..haha..

saat yg paling cemas adelah masa baru nak turun dari menara 2..pehhh..ngan gangguan yg dtg dari en.Rafshan & en.Yasir, ditambah lah ngan ruang pelepasan yg xmuat saiz aku..hehehe..tp Alhamdulilah, pas mula melangkah,dah rasa seronok lak..rase nak wat lg..tp shafie gak yg untg..dapat wat abseiling dengan care terbalik,siap dpt sokongan dari awek2 yg lalu g..hahaha..smpi dpt cenderahati kat betis g..hahaha..
Padan muke kau sahabat..hahaha..

selepas selesai aktiviti ini, satu Knotting Test diadakan..dengar nya masuk dalam markah carry mark..Alhamdulilah,berkat tunjuk ajar dari en.Hisyam, team TACT dan sahabat2, aku dapat la 8/9 markah..hehe..tewas tipis pade Tuan Hastha..

Selepas selesai, kami bergambar kenangan dengan en.Hisyam dan team TACT berlatarbelakangkan tasik di Bukit Cherakah..MAse ni rase mcm xnak balik lak..rase mcm nak tambah lagi 2-3 hari..hehe..

Tuesday, April 20, 2010

Day 4 - Orienteering ( 20 Mac 2010 )






Selepas mengharungi malam yg cukup indah, kami bangun jam 6.30 pg..selepas mandi dan bersarapan, kami berkumpul di roundabout dan menjalankan aktiviti energizer untuk menghilangkan sedikit tekanan dan mencergaskan kami yg masih dibuai mimpi..hehe..

Sejurus selepas itu, aktiviti Orienteering dijalankan di maan kami dipecahkan kepada 4 kumpulan, dan kami haus menyediakan sendiri landasan untuk kumpulan lawan,dan begitu juga ceritanya dengan mereka..selepas berhempas-pulas menyediakan landasan yg agak mencabar, kami bertukar map dan terpaksa mencari checkpoin2 yg disediakan oleh pasukan lain..igtkan landasan kami dah cukup mencabar, rupanya landasa yg disediakan oleh team Hastha lebih mencabar..hehe..kami terpaksa mengharungi semak samun dan melalui jarak yg agak jauh..pehhhhh..

Setelah berjaya menghabiskan setiap checkpoint, rupanya group aku yg terdiri dari aku, Haizan, Yunus, Hazlan dan Hazwan Adalah yg terakhir sampai..hehe..tetapi bukan kemenangan yg kami cari, tetapi pengalaman dan keseronokan mengharungi aktiviti ini bersama kawan2 yg kami ingin kan..ceh...hahaha..

Day 3 - BBQ Night











Selepas membersihkan diri dan bersolat jemaah, kami bersatu padu menyiapkan unggun api untuk memulakan aktiviti BBQ night kami..Sejurus sahaja unggun api dihidupkan, dan beberapa ketul ayam baru sahaj dinaikkan ke atas penyalai, secara tiba2 hujan lebat mencurah..hehe..

Tetapi berkat kesabaran dan kerjasama yg padu dari rakan2, Alhamdulilah, kami berjaya menghabiskan proses memanggang dan menyediakan mkn malam yg cukup enak buat para consultant dan rakan2..

Selepas selesai mkn mlm, igtkan dapat tidur yg cukup..rupanay salah lagi telahan kami, kami terpaksa berkawal setiap 2 jam mengikut kumpulan..hehe.. tetapi ok gak, dapat jugak kami curi sedikit masa untuk menyiapkan laporan yg harus disiapkan dan dihantar setiap pagi..hehe..

Day 3 - Swimming ( Free Session)

Selepas melepasi aktiviti Low Rope Course, kami diarahkan berkumpul di swimming pool dan menghabiskan waktu petang dengan aktiviti bebas..permainan mencari duit syiling juga diadakan untuk menghiburkan peserta dan menghilangkan sedikit tekanan akibat dari jadual aktiviti yg padat..

Day 3 - Low Rope Course







Setelah pulang dari menunaikan solat Jumaat, kami diarahkan untuk mengambil tali2 yg disimpan di dalam stor,dan dibawa ke taman haiwan untuk aktiviti seterusnya iaitu Low Rope Course..

Sejurus tiba di lokasi yg dimaksudkan, kami diberi sedikit penerangan oleh en.Rafshan mengenai aktiviti yg menggunakan tali ini..beberapa elemen diperkenalkan kepada kami seperti Spider Web, Swinging Tyre, Burma Bridge dan sebagainya..

Setelah sepakat, kami memilih 4 elemen untuk disediakan dan diharungi sendiri oleh para peserta..kami telah memilih untuk menyediakan elemen Postman Wall, Monkey Cross, Backward Tension Transverse dan Criss Cross..Inilah cabaran buat kami kerana kami harus menyediakan sendiri elemen2 ini untuk diharungi sendiri..sekiranya kami tidak sediakan dengan betul, maka kami lah yg akan menanggung akibatnya..Kerjasama juga penting dalam aktiviti ni di mana kami kene jd supporter kepada kawan2 yg mengharungi elemen2 ini untuk mengelak kan sebarang kecederaan jika berlaku sebarang kemalangan..
Tetapi berkat dari tunjuk ajar yg diberikan oleh Team TACT dan sikap saling membantu antara peserta, maka aktiviti ini selamat kami harungi dengan jayanya walaupun dibasahi hujan lebat dan petir berdentum..

Day 3 - Navigation ( 19 Mac 2010 )

Setelah tersedar dari lamunan mimpi di tgh2 hutan belantara, kami dikejutkan dan diarahakan untuk memadamkan api dan mengemas kan segala peralatan untuk pulang..

Selepas sesi menceritakan pengalaman masing2, kami dibenarkan pulang ke kem dan menggunakan masa yg diberikan untuk membersihkan diri dan bersarapan..Ahhhhhhh..nikmat nya dapat membersihkan diri..hehe..

Selepas bersarapan, kami memulakan aktiviti Navigation Orienteering..Aktiviti ini adalah gabungan dari navigation dan orienteering yg menggunakan kan kompas, control marker dan puncher,tetapi tidak menggunakan bearing..aktiviti ni dijalankan secara berpasangan dan aku memilih untuk berpasangan dengan Hj. Shafiee..setelah dibahagi berkumpulan, kami menandakan kawasan2 yg diletakkan control marker di dalm map yg dibekalkan dan kemudian dilepaskan untuk mencari control marker tersebut..

Alhamdulilah, berkat ketekunan dan kesabaran kami, ditemani cuaca panas terik di tgh ari Jumaat tersebut, kami berjaya menamatkan aktiviti ini dengan hanya menemui 1 Checkpoint sahaja..hahahahhahahaha..walau bagaimanapun, kami akan belajar dari kesilapan kami dan menggunakan pengajaran tersebut sekiranya berpeluang menjalankan lagi aktiviti ini..

Tepat jam 12.30 tgh hari, aktiviti ini ditamatkan dan peserta diberi masa untuk membersihkan diri dan bersiap untuk mkn tgh hari dan menunaikan solat Jumaat..

Tiada gambar untuk aktiviti ini kerana aku dan Shafie tidak membawa kamera kerana kehadiran kamera akan melambatkan pergerakan kami yg dahagakan kemenangan..hahahahahhaa..

Day 2 - Survival Camp






Selepas mengharungi aktiviti Blind Trail dengan jaya nya, kami tidak dibenarkan untuk menukar pakaian..mungkin untuk menambah thrill untuk aktiviti seterusnya..hehe..

Selepas berkumpul di roundabout bersebelahan swimming pool, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan yg terdiri dari 3 org ahli..Alhamdulilah, aku disatukan dengan abby dan amir dalam 1 kumpulan..kami dibekalkan dengan sedikit peralatan asas seperti sehelai kanvas, kuala, sebilah parang, setin sardin,seulas kentang,sedikit gula, beras,dan sebagainya..Seterusnya, kami bergerak beramai2 menuju ke Empangan Air Kuning dan dipecahkan kepada 4 camp site yg berbeza..setelah ditunjukkan tempat untuk mengambil air oleh en.Dasri, kami ditgglkan semalaman untuk mengharungi malam berbekalkan teknik2 yg telah dipelajari dan bekalan makanan yg terhad..

Sejurus je ditgglkan, aku dan amir bergegas mencari kayu api sebanyak mungkin untuk bekalan sehingga ke pagi..sambil 2 abby menyediakan juadah untuk mkn mlm kami..Selepas bekalan kayu mencukupi, aku dan amir terus menghidupkan api..kami terpaksa mengejar waktu kerana hari semakin gelap dan keadaan akan lebih sukar sekiranya waktu telah gelap..Alhamdulilah,api berjaya dihidupkan dlm cubaan yg pertama..Selepas itu,tugas menyediakan diserahkan kepada Chef Abby dan aku dan amir bersatu untuk menyiapkan khemah untuk kami bermalam..ALhamdulilah..berkat kerjasama yg jitu dan semangat tidak mengenal erti penat, kami berjaya menyediakan makan mlm yg tak kurg hebatnya dan khemah yg agak selesa untuk melelapkan kan mata dan mendapatkan rehat yg cukup untuk aktiviti pada keesokan hari..

Pada mlm nya pula, kami bergilir2 untuk berkawal dan aktiviti ni terasa mencabar gak,kerana kene berjage sorg2 tgh2 mlm, di tgh2 hutan lak, ditemani bunyi cengkerik..kami bkn setakat menjage diri, kami juga kene jage keselamatan kwn2, menjaga api agar x padam, dan menjaga mata yg asyik terlelap..hehehe..Alhamdulilah, berjaya juga kami harungi sehingga terbit mentari...

Day 2 - Blind Trail








Selepas selesai aktiviti kayak, kami pun bergerak pulang ke kem..sesampainya di kem, kami diarahkan untuk menukar pakaian dengan segera dan membawa torch light dan wisel kerana akan mengharungi gua..

Selepas menukar pakain dan berkumpul semula, kami diberi sehelai kain untuk menutup mata..baru kami sedar yg kami akan menempuhi aktiviti Blind Trail..aku sebelum ni hanya dengar sahaaj pengalaman dari teman2,tetapi x pernah merasai sendiri..ini lah kali pertama,dan mungkin bukan kali terakhir kot..kami menyusuri tali dan melalui kolam lintah,denai2,dan bermandi lumpur..bg aku xde apa yg nak digelikan kerana kita pun berasal dari tanah, dan kehidupan aku di kampung masa kecil dulu pun saling x tumpah je mcm aktiviti ni..hehe..

Aktiviti ni betul2 menguji kesabaran setiap peserta dan menyedarkan kami betapa penting nya anugerah panca indera yg dikiurniakan oleh Allah swt..baru sekejap sahaja kami menjalankan aktiviti dengan mata tertutup, terasa seksa dan kepayahan yg amat sangat..bayang kan la perasaan yg terpaksa ditempuhi oleh mereka yg tiada penglihatan..Wallahualam..

Alahamdulilah..Brekat kesabaran dan kerjasama yg baik dari setipa peserta, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan jaya nya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan..

Day 2 - Kayak ( 18 Mac 2010 )


Selepas mangharungi malam yg sejuk dan tidur yg agak singkat hasil dari sentry malam tadi, kami bangun pada jam 6.30 pg..setelah solat subuh dan bersiap, kami disajikan sarapan pagi yg superb iaitu nasi lemak kawww..Terima kasih skali lagi pada en.John..hehe..

Selepas itu, kami diarahkan untuk memakai pakaian yg bersesuaian dan kemudian bergerak ke Tasik Shah Alam untuk aktiviti kayak..Sesampainya di situ, kami diberi penerangan oleh en.Hisyam dan en.Rafshan mengenai anatomy kayak,paddle dan teknik2 kayak, teknik2 menyelamatkan diri dan sebagainya..alhamdulilah,sekali lagi kami diberi peluang untuk refresh balik ape yg telah dipelajari di dalam kelas en.Hisyam..hehe..Sesi kayak kali ni juga sukar dilupakan kerana kami terpaksa melakukan sendiri capped sized dan teknik menyelamatkan diri seperti self rescue dan X rescue..pehhhhh..pengalaman yg pasti xkan kami lupakan smpi bila2..

Day 1 - Night Walk



Setelah selesai kelas Orienteering, igtkan dah sampai mase untuk kami tidur..tetapi sangkaan ku meleset belaka..hehe..Rupenya satu aktiviti Night Walk dijalankan..kami diarahklan supaya memakai pakaian yg bersesuaian dan berkumpul sebelum dibawa oleh en.Dasri menuju ke tasik yg terletak di laluan masuk dke Chamar Rimba..Selepas itu, kami diberi password untuk mengenali ahli-ahli kumpulan kami..lepas 2, kami dilepaskan secara berseorangan untuk melalui laluan pejalan kaki menuju ke Chamar Rimba dan diberikan sebatang lilin setiap seorang untuk menerangi perjalanan kami..

Macam2 teori yg keluar mase ini, ade yg ckp lilin ni just nak wat mata kita sakit, ade yg ckp lilin ni xleh padam, xtau mane yg betul..hehe..tetapi smpi je turn aku, baru aku tau betapa cuak nya berjalan sorg diri dalam hutan di tgh malam..dah la rasa sejuk smpi ke tulang, ditemani bunyi unggas2 malam,dan ditambah ngan imaginasi2 liar aku..pehhhh..dugaan..

Alhamdulilah,setelah berjalan dalam 15 minit, sampai gak aku di garisan penamat dan disambut oleh flash kamera en.John..hehe..

Day 1 - Knotting & Orienteering Class




Knotting Class

Setelah selesai makan malam, kelas Knotting pun dimulakan dan dikendalikan oleh en.Yasir..pelbagia teknik ikatan diajar kepada kami..walaupun aku telah belajar segala teknik2 ini di dalam kelas en.Hisyam, tetapi oleh kerana tekanan kerja2 di pejabat, dan aktiviti2 sosial di luar rumah,dan memori card aku yg berkapasiti sedang2 je, maka sedikit sebanyak terpadam lah sikit dari ingatan aku ni..hahahhaha..
Maka kelas ini lah menjadi peluang terbaik buat kami untuk refresh balik teknik2 seperti butterfly knot, fisherman knot,single eight loop, double eight loop dan sebagainya..Kali ni kami kene mengingati semua teknik2 ikatan ini, kerana menurut en.Hisyam, sebelum tamat kem ni, akan diadakan 1 knotting test..hahaha..padan muka aku..


Orienteering Class

Setelah tamat kelas Knotting, kelas Orienteering pula dijalankan..kami diajar anatomy sebuah kompas dan teknik2 membaca kompas dengan betul dan segala aspek2 tentang orienteering..seperti knotting gak, ni lah mase yg terbaik untuk kami refresh balik walau pun pernah belajar dalam kelas en.Hisyam..hehe..