Tuesday, April 20, 2010

Day 2 - Survival Camp






Selepas mengharungi aktiviti Blind Trail dengan jaya nya, kami tidak dibenarkan untuk menukar pakaian..mungkin untuk menambah thrill untuk aktiviti seterusnya..hehe..

Selepas berkumpul di roundabout bersebelahan swimming pool, kami dipecahkan kepada 4 kumpulan yg terdiri dari 3 org ahli..Alhamdulilah, aku disatukan dengan abby dan amir dalam 1 kumpulan..kami dibekalkan dengan sedikit peralatan asas seperti sehelai kanvas, kuala, sebilah parang, setin sardin,seulas kentang,sedikit gula, beras,dan sebagainya..Seterusnya, kami bergerak beramai2 menuju ke Empangan Air Kuning dan dipecahkan kepada 4 camp site yg berbeza..setelah ditunjukkan tempat untuk mengambil air oleh en.Dasri, kami ditgglkan semalaman untuk mengharungi malam berbekalkan teknik2 yg telah dipelajari dan bekalan makanan yg terhad..

Sejurus je ditgglkan, aku dan amir bergegas mencari kayu api sebanyak mungkin untuk bekalan sehingga ke pagi..sambil 2 abby menyediakan juadah untuk mkn mlm kami..Selepas bekalan kayu mencukupi, aku dan amir terus menghidupkan api..kami terpaksa mengejar waktu kerana hari semakin gelap dan keadaan akan lebih sukar sekiranya waktu telah gelap..Alhamdulilah,api berjaya dihidupkan dlm cubaan yg pertama..Selepas itu,tugas menyediakan diserahkan kepada Chef Abby dan aku dan amir bersatu untuk menyiapkan khemah untuk kami bermalam..ALhamdulilah..berkat kerjasama yg jitu dan semangat tidak mengenal erti penat, kami berjaya menyediakan makan mlm yg tak kurg hebatnya dan khemah yg agak selesa untuk melelapkan kan mata dan mendapatkan rehat yg cukup untuk aktiviti pada keesokan hari..

Pada mlm nya pula, kami bergilir2 untuk berkawal dan aktiviti ni terasa mencabar gak,kerana kene berjage sorg2 tgh2 mlm, di tgh2 hutan lak, ditemani bunyi cengkerik..kami bkn setakat menjage diri, kami juga kene jage keselamatan kwn2, menjaga api agar x padam, dan menjaga mata yg asyik terlelap..hehehe..Alhamdulilah, berjaya juga kami harungi sehingga terbit mentari...

No comments: