Tuesday, April 20, 2010

Day 3 - Navigation ( 19 Mac 2010 )

Setelah tersedar dari lamunan mimpi di tgh2 hutan belantara, kami dikejutkan dan diarahakan untuk memadamkan api dan mengemas kan segala peralatan untuk pulang..

Selepas sesi menceritakan pengalaman masing2, kami dibenarkan pulang ke kem dan menggunakan masa yg diberikan untuk membersihkan diri dan bersarapan..Ahhhhhhh..nikmat nya dapat membersihkan diri..hehe..

Selepas bersarapan, kami memulakan aktiviti Navigation Orienteering..Aktiviti ini adalah gabungan dari navigation dan orienteering yg menggunakan kan kompas, control marker dan puncher,tetapi tidak menggunakan bearing..aktiviti ni dijalankan secara berpasangan dan aku memilih untuk berpasangan dengan Hj. Shafiee..setelah dibahagi berkumpulan, kami menandakan kawasan2 yg diletakkan control marker di dalm map yg dibekalkan dan kemudian dilepaskan untuk mencari control marker tersebut..

Alhamdulilah, berkat ketekunan dan kesabaran kami, ditemani cuaca panas terik di tgh ari Jumaat tersebut, kami berjaya menamatkan aktiviti ini dengan hanya menemui 1 Checkpoint sahaja..hahahahhahahaha..walau bagaimanapun, kami akan belajar dari kesilapan kami dan menggunakan pengajaran tersebut sekiranya berpeluang menjalankan lagi aktiviti ini..

Tepat jam 12.30 tgh hari, aktiviti ini ditamatkan dan peserta diberi masa untuk membersihkan diri dan bersiap untuk mkn tgh hari dan menunaikan solat Jumaat..

Tiada gambar untuk aktiviti ini kerana aku dan Shafie tidak membawa kamera kerana kehadiran kamera akan melambatkan pergerakan kami yg dahagakan kemenangan..hahahahahhaa..

No comments: