Tuesday, April 20, 2010

Day 3 - Low Rope Course







Setelah pulang dari menunaikan solat Jumaat, kami diarahkan untuk mengambil tali2 yg disimpan di dalam stor,dan dibawa ke taman haiwan untuk aktiviti seterusnya iaitu Low Rope Course..

Sejurus tiba di lokasi yg dimaksudkan, kami diberi sedikit penerangan oleh en.Rafshan mengenai aktiviti yg menggunakan tali ini..beberapa elemen diperkenalkan kepada kami seperti Spider Web, Swinging Tyre, Burma Bridge dan sebagainya..

Setelah sepakat, kami memilih 4 elemen untuk disediakan dan diharungi sendiri oleh para peserta..kami telah memilih untuk menyediakan elemen Postman Wall, Monkey Cross, Backward Tension Transverse dan Criss Cross..Inilah cabaran buat kami kerana kami harus menyediakan sendiri elemen2 ini untuk diharungi sendiri..sekiranya kami tidak sediakan dengan betul, maka kami lah yg akan menanggung akibatnya..Kerjasama juga penting dalam aktiviti ni di mana kami kene jd supporter kepada kawan2 yg mengharungi elemen2 ini untuk mengelak kan sebarang kecederaan jika berlaku sebarang kemalangan..
Tetapi berkat dari tunjuk ajar yg diberikan oleh Team TACT dan sikap saling membantu antara peserta, maka aktiviti ini selamat kami harungi dengan jayanya walaupun dibasahi hujan lebat dan petir berdentum..

No comments: