Tuesday, April 20, 2010

Day 1 - Night Walk



Setelah selesai kelas Orienteering, igtkan dah sampai mase untuk kami tidur..tetapi sangkaan ku meleset belaka..hehe..Rupenya satu aktiviti Night Walk dijalankan..kami diarahklan supaya memakai pakaian yg bersesuaian dan berkumpul sebelum dibawa oleh en.Dasri menuju ke tasik yg terletak di laluan masuk dke Chamar Rimba..Selepas itu, kami diberi password untuk mengenali ahli-ahli kumpulan kami..lepas 2, kami dilepaskan secara berseorangan untuk melalui laluan pejalan kaki menuju ke Chamar Rimba dan diberikan sebatang lilin setiap seorang untuk menerangi perjalanan kami..

Macam2 teori yg keluar mase ini, ade yg ckp lilin ni just nak wat mata kita sakit, ade yg ckp lilin ni xleh padam, xtau mane yg betul..hehe..tetapi smpi je turn aku, baru aku tau betapa cuak nya berjalan sorg diri dalam hutan di tgh malam..dah la rasa sejuk smpi ke tulang, ditemani bunyi unggas2 malam,dan ditambah ngan imaginasi2 liar aku..pehhhh..dugaan..

Alhamdulilah,setelah berjalan dalam 15 minit, sampai gak aku di garisan penamat dan disambut oleh flash kamera en.John..hehe..

No comments: